Bayaran Permohonan Laporan Perubatan

Caj-caj untuk Laporan Perubatan –(P.U.(A) 359-Sec.4)-Fees Act (4)dlm KKM @ 03/30 Jld.7. & Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. II/2004

Nota: Caj Laporan Perubatan Pakar bagi warganegara asing adalah dua (2) kali ganda dari caj laporan  Pakar di atas.

 

SYARAT –SYARAT /DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON LAPORAN PERUBATAN

  1. Pesakit yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri laporan perubatan.
  2. Bagi pesakit di bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri, kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia, laporan boleh dipohon oleh waris terdekat seperti suami/isteri, anak, ibubapa, adik beradik dan ahli keluarga lain sekiranya tiada yang lebih dekat. Permohonan perlu menyertakan dokumen untuk membuktikan pertalian keluarga. Contohnya: salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil kematian atau salinan sijil kahwin (jika berkaitan).
  3. Laporan yang dipohon oleh pihak lain, hendaklah disertakan dengan surat izin pesakit atau bagi pesakit dibawah 18 tahun, pesakit yang tidak sedarkan diri, kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia, surat izin dari waris terdekat perlu disertakan iaitu surat kebenaran Permohonan Laporan Perubatan KKM/LP/1/2008, (borang ini boleh didapati di Unit Rekod Perubatan) atau secara bertulis dari waris.
  4. Permohonan laporan perubatan dari mana-mana pihak bagi pesakit WARGANEGARA ASING yang tidak dapat dikesan atau waris yang tidak dapat dihubungi, maka permohonan perlu disertakan dengan surat izin dari pihak kedutaan Negara berkenaan dan surat permohonan (berkepala Surat) dari majikan.
  5. ATAU bagi warganegara asing yang mempunyai waris seperti suami/isteri/adik/abang/kakak/bapa/ibu, salinan passport/kad pengenalan dan sijil nikah/perkahwinan (jika berkenaan) hendaklah disahkan oleh majikan.
  6. Borang Insuran /PERKESO/ Buroh 90 (Workmen’s Com)/ KWSP-yang mana berkenaan.
  7. Salinan Discharge Notes/Kad Perawatan Pesakit Luar/Salinan Sijil Cuti Sakit.
  8. Salinan Sijil Kematian/Certificate Cause Of Death-(jika permohonan berkaitan dengan si mati)
  9. Keiziinan pesakit atau waris tidak diperlukan bagi laporan perubatan yang dipohon oleh agensi yang telah diberi kuasa dibawah peruntukan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia dan Makhamah.

 

Borang Pemohonan Laporan Perubatan/ Laporan Bedah Siasat

(Borang-permohonan-laporan-perubatan-KKM)

 

Print Friendly, PDF & Email