Farmasi


Pengenalan

Jabatan Farmasi, satu perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Bintulu, berusaha untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dari segi farmaseutikal kepada para pesakit. Objektif utama jabatan ini adalah untuk memastikan semua pesakit di Hospital Bintulu menerima keterangan yang mengandungi 5B, iaitu penggunaan ubat yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan ubat yang betul, dan masa pengambilan ubat yang betul. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ubat-ubatan, sila layari www.knowyourmedicine.gov.my.

Perkhidmatan yang diberikan dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut:
  • Farmasi Klinik Pakar
    • Memberi perkhidmatan pendispensan dan kaunseling mengenai cara penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit luar
    • Berusaha untuk membekalkan ubat kepada pesakit dalam tempoh masa yang sesuai
  • Farmasi Pesakit Dalam
    • Bersama Farmasi Satelit 1 & 2, memberi bekalan ubat kepada semua wad di Hospital Bintulu
    • Seksyen pengeluaran farmaseutikal dan prabungkusan bertanggugjawab melakukan prabungkus ubat-ubat biji, krim dan losyen
  • Perolehan dan Bekalan (Farmasi Stor)
    • Menguruskan perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok ubat dan peralatan perubatan
    • Memastikan keselamatan ubat dan barangan perubatan yang disimpan dan berusaha untuk mengelakkan pembaziran ubat
  • Farmasi¬† Wad
    • Memastikan pesakit dalam wad menerima penggunaan ubat yang rasional serta memberikan khidmat nasihat dan maklumat ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad
    • Memberi perkhidmatan pendispensan dan kaunseling mengenai cara penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit discaj
  • Farmasi Pemonitoran Drug Terapeutik
    • Memberi perkhidmatan dari segi pemantauan ubat terapeutik
  • Farmasi Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
    • Memberi perkhidmatan dan pemantauan ubat-ubatan sitotoksik, terutamanya mengenai penggunaan dan menanggani unbat sitotoksik
  • Farmasi Khidmat Maklumat Ubat-Ubatan
    • Memberi maklumat ubat-ubatan kepada semua kakitangan hospital dan orang awam