Unit Fisioterapi


1. PENGENALAN JABATAN/UNIT

Unit fisioterapi bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti berdasarkan sumber yang ada bagi mengoptimakan kebolehan berdikari, mengurangkan limitasi dan meningkatkan kemahiran hidup bagi seseorang yang mempunyai masalah dan kadar pertumbuhan fizikal. Servis fisioterapi juga termasuk menggalakkan pengembalian kapasiti fizikal yang hilang atau terhad disebabkan kecederaan atau penyakit untuk membolehkan seseorang hidup dan bekerja dengan normal serta berdikari seboleh yang mungkin.
 

2. LATAR BELAKANG JABATAN/UNIT

Unit Fisioterapi Hospital Bintulu bermula operasi pada 1986 oleh seorang ahli fisioterapi gred U29. Unit ini kemudiannya berpindah ke Hospital Bintulu baru di Jalan Nyabau pada 21 Mei 2000. Unit Fisioterapi Hospital Bintulu terletak di aras bawah berhadapan dengan Jabatan Patologi.

Kini, unit ini terdiri daripada 11 orang kakitangan iaitu seorang Pegawai Pemulihan Fisioterapi U41, seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U36, dua orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U32, enam orang Jurupulih Perubatan Physiotherapy U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Tempat rawatan adalah termasuk:

  1. Bilik Elektroterapi – rawatan pengurusan kesakitan dan senaman di mana pesakit terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah berkaitan muskuloskeletal dan kesakitan neurogenik terutamanya yang mengalami sakit leher dan belakang.
  2. Gimnasium – Kawasan rawatan untuk kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah muskuloskeletal dan neurologi di mana mereka memerlukan evaluasi fizikal dan fungsi badan serta rawatan.
  3. Bilik terapi kesihatan wanita & lelaki, kardiorespiratori dan lymphedema– kawasan rawatan ini adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan wanita dan lelaki, kardiorespiratori dan lymphedema.

 

3. FUNGSI UTAMA JABATAN/UNIT
  1. Menilai, merancang dan melaksanakan program-program pemulihan & rehabilitasi untuk:
    1. Meningkatkan atau mengembalikan fungsi motor tubuh manusia,
    2. Memaksimakan keupayaan pergerakan,
    3. Melegakan sindrom kesakitan, dan
    4. Merawat atau mencegah cabaran fizikal yang berkaitan dengan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain.
  2. Membantu pesakit menguruskan serta mencegah kesakitan dan penyakit fizikal yang terjejas oleh kecederaan, penyakit atau hilang upaya melalui pergerakan, senaman, terapi manual, pendidikan dan nasihat.untuk semua peringkat umur.
  3. Menggalakkan pemulihan bagi membolehkan masyarakat terus bekerja di tempat kerja serta membantu mereka kekal berdikari untuk kualiti hidup yang baik.
  4. Merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan
  5. Memberi supportive counseling kepada pesakit dan penjaga.
  6. Menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi semasa penempatan klinikal.

 

4. VISI JABATAN/UNIT

Menjadi sebuah pusat rehabilitasi yang terbaik.

 

5. MISI JABATAN/UNIT

Menyediakan perkhidmatan berkualiti yang berterusan dan sentiasa memenuhi piawaian serta diperkukuhkan lagi dengan perlatan-peralatan berteknologi tinggi dan terkini.

 

6. OBJEKTIF JABATAN/UNIT
  1. Mengadakan latihan dalaman (CPD) berterusan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan setiap ahli fisioterapi
  2. Menggalakkan semua ahli fisioterapi mengikuti kursus atau latihan lanjutan yang dianjurkan dari masa ke semasa
  3. Melaksanakan program / sesi pendidikan kesihatan berjadual kepada pesakit
  4. Memperolehi peralatan moden yang berteknologi tinggi
  5. Membantu memulihkan semua pesakit ke tahap fungsi yang optima mengikut kondisi atau keupayaan individu

 

7. SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan fisioterapi termasuk yang berikut:

  1. Pesakit dalam
  2. Pesakit luar
  3. On call pada hari Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (pesakit dalam)
  4. Perkhidmatan fisioterapi kepada organisasi lain jika diperlukan

Disiplin kes yang dirawat untuk pesakit dalam dan luar ialah:

  1. Neuromuskuloskeletal
  2. Kardiorespiratori
  3. Rehabilitasi Neurologi
  4. Paediatrik
  5. Kesihatan wanita dan lelaki
  6. Kecederaan sukan
  7. Kecederaan tulang spina
  8. Rehabilitasi vestibular
  9. Pengurusan obesiti
  10. Rehabilitasi amputee
  11. Rehabilitasi burn
  12. Geriatrik
  13. Lymphedema

 

8. JADUAL PERKHIDMATAN / WAKTU KAUNTER
HARI PAGI PETANG
ISNIN – KHAMIS 8.00 pagi – 1.00 tengahari 2.00 petang – 5.00 petang
JUMAAT 8.00 pagi – 11.45 pagi 2.15 petang – 5.00 petang
    • Sabtu / Ahad / Cuti Umum: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (On call untuk kes yang menggunakan ventilator di wad dan ICU / SCN seperti acute respiratory failure, high risk post operative patients, patients who are unable to cough adequately to mantain a clear airway).
Print Friendly, PDF & Email