Kawalan Infeksi


PENGENALAN

Unit kawalan infeksi Hospital Bintulu merupakan salah satu unit yang dibentuk untuk memantau,mencegah dan mengawal infeksi nosokomial terhadap pesakit serta kakitangan hospital bintulu. Di samping itu penubuhan Jawatankuasa kawalan infeksi dan antibiotic Hospital Bintulu(HIACC) juga memainkan peranan dalam membantu pengendalian aktiviti-aktiviti kawalan infeksi.

OBJEKTIF
  • Untuk mencegah dan mengawal infeksi hospital.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan infeksi dengan memberi kesedaran,pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan infeksi hospital kepada semua kakitangan hospital dan sokongan swasta.
  • Memastikan setiap anggota hospital mengikuti polisi dan prosedur kawalan infeksi yang ditetapkan oleh KKM.
VISI

Mencegah dan mengawal infeksi diperolehi dalam kawasan Hospital dengan kerjasama daripada semua pihak yang berkaitan.

MISI

Memastikan setiap individu mempratikkan & mengimplementasi setiap aktiviti Unit Kawalan Infeksi berteraskan budaya penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme demi menjadikan persekitaran yang selamat dan bebas dari infeksi.

Print Friendly, PDF & Email