Kecemasan Dan Trauma


PENGENALAN:

Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Bintulu  terletak di antara lobi Utama dan Jabatan Pengimejan di aras satu blok pertama bangunan Hospital.
Tunjuk arah yang jelas ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Bintulu  adalah Papan tanda bertajuk Jabatan Kecemasan yang dipamerkan dipintu masuk jabatan dan papan tanda yang berbentuk anak panah bertulis KECEMASAN di tepi jalan menunjuk ke simpang masuk ke jabatan kecemasan.
Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Bintulu adalah salah satu jabatan yang memberi perkhidmatan sokongan terpenting di dalam organisasi Hospital Bintulu.
Ia memberi perkhidmatan kecemasan selama 24 jam bagi kesuluruhan kawasan Bintulu  dan kawasan-kawasan  persempadanan Sibu, Kapit dan juga Miri. Ia bertanggungjawab melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi dan penempatan ke wad dan pembedahan.
Pada tahun ini Jabatan Kecemasan dan Trauma  telah menerima kehadiran seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan ini akan dapat meningkatkan lagi tahap dan kualiti perkhidmatan  dan rawatan kepada pesakit di Jabatan Kecemasan.
Ia juga merupakan pintu masuk utama kemasukan pesakit ke wad pelbagai disiplin di Hospital Bintulu  dan sekaligus mencerminkan identiti Hospital Bintulu.

SKOP PERKHIDMATAN

Berikut adalah senarai  aktiviti utama Jabatan Kecemasan:

  1. Rawatan Kecemasan dan Trauma
  2. Rawatan Bukan Kecemasan
  3. Klinik LOCUM selepas waktu pejabat
  4. Perkhidmatan Ambulans
  5. Pusat rujukan Terus
  6. Pusat Rawatan Setempat (OSCC)
  7. Persedian perkhidmatan bencana.
  8. Pengendalian kes-kes polis
  9. Tugasan Bedah Siasat bagi Kes Kes BID/ Forensik
  10. Latihan dan Penempatan Penolong Pegawai Perubatan U29 Lantikan baru..
  11. Latihan bagi pelatih Jururawat/ pelatih Pembantu Perubatan IPTA/IPTS
  12. Pasukan Perubatan Tunggu Sedia ( Medical standby)

PERKHIDMATAN PRA HOSPITAL

Pasukan Perubatan siap sedia adalah tunjang  utama dalam skop perkhidmatan  ini. Mereka menyediakan pengurusan dan rawatan awal pesakit di tempat kejadian  seperti  mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya, dan lain – lain keadaan kejadian yang tidak diingini. Pasukan ini terdiri daripada Paramedik  dan Pegawai Perubatan  membantu dan mengawasi melalui saluran komunikasi  jika diperlukan . Kebanyakkan anggota Paramedik yang terlibat melalui kursus – kursus  seperti BLS,penjagaan pra hospital , ACLS,PALS,Basic ECG,kursus asas trauma dan juga pos asas kecemasan perubatan kecemasan dan penjagaan trauma  ( AEMTC ).

ambulans

Ambulan Yang Digunakan Untuk Perkhidmatan Pra Hospital

jabatan kecemasan

PENDAFTARAN DAN KAUNTER TRIAGE

Semua kes yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma akan dibahagi  mengikut keutamaan dari  segi  pengurusan  dan rawatan  dalam sistem triage. Pegawai yang terlibat akan memasukkan nama pesakit kedalam sistem maklumat hospital (HIS) mengikut zon hijau ,kuning,merah,asma bay, One Stop Center Krisis( OSCC ) atau Locum Clinic ( selepas waktu pejabat ). Penolong Pegawai Perubatan (PPP)  dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)  akan bertindak sebagai  kakitangan proaktif dalam pengurusan  kes- kes yang datang dibawa oleh orang awam  dan membantu memindahkan pesakit dari kereta ke troli jika diperlukan. Selain itu PPP akan terlibat dalam menjawab  semua panggilan luar dan dalam termasuk panggilan ambulans daripada orang ramai atau  pusat panggilan, pemberitahuan kes – kes rujukan daripada kilinik kesihatan, poliklinik, lain- lain hospital atau pusat perubatan swasta. PPP juga bertindak sebagai penguasa shif  dan  mengurus  dalam  dokumentasi  termasuk  seperti medico legal, kes-kes polis, OSCC , SOSCO,  dan membuat laporan aliran kerja shif.

Second Triage

TRIAGE KEDUA

Kes-kes yang tidak kritikal akan disaring sekali lagi dan pengambilan tanda vital dilakukan di dalam bilik ini. Kes – kes yang dikesan yang memerlukan perhatian awal akan dilaporkan segera kepada Pegawai Perubatan dan perubahan zon pesakit boleh diubah mengikut penemuan dan perubahan tanda vital melalui  pemeriksaan ringkas yang dilakukan. Anggota paramedik yang terlibat adalah PPP dan jururawat masyarakat.

Red Zone

ZON MERAH

Menyediakan penilaian awal , resusitasi, penstabilan untuk pesakit yang kritikal. Dianggotai oleh Pegawai Perubatan sebagai ketua pasukan  dibantu oleh PPP dan jururawat. Setiap kes akan dilihat serta merta oleh Pegawai Perubatan. Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan bagi pesakit yang mengancam nyawa.  Rawatan kecemasan seperti intubasi , central venous line, dan Cardiopulmonari resusitasi.

Yellow ZoneYellow Zone

ZON KUNING

Kawasan yang menempatkan  pesakit bagi kes separa kritikal. Rawatan kepada kes – kes separa kritikal termasuklah kes –kes trauma yang mana heamodinamik adalah stabil tetapi  pesakit tidak boleh berjalan. Menyediakan  perkhidmatan laluan terus tanpa perlu menunggu dan perkhidmatan  rawatan kecemasan  bagi  penyakit – penyakit yang akut. Sesetengah keadaan pesakit yang semakin kritikal akan dipindah zon merah.

Wad Pemerhatian

WAD PEMERHATIAN

Pesakit yang memerlukan pemerhatian yang kurang daripada 6 jam. Jika keadaan tidak bertambah baik  selepas 6 jam ,Pegawai Perubatan akan memasukkan pesakit  ke wad yang berkaitan.

Asma Bay

ASMA BAY

Memberi rawatan kepada kes-kes asma yang stabil dan menyediakan perkhidmatan rawatan secara laluan terus tanpa perlu menunggu. Semua kes kes direkodkan di dalam buku rekod. Penolong Pegawai Perubatan akan merujuk kes asma  kepada Pegawai Perubatan yang jika diperlukan. Semua peralatan dan ubatan akan disemak dan dikemaskini setiap syif. Bilik ini dapat menampung 4 orang pesakit pada satu- satu masa.

Yellow ZoneYellow Zone

ZON HIJAU

Untuk pesakit luar yang stabil dan prosidur pembedahan kecil termasuk jahitan luka, pembersihan luka,suntikan, pengeluaran benda asing dan juga prosedur Plaster of Paris ( POP ).

Perkhidmatan  rawatan kecemasan  bagi  penyakit – penyakit yang akut.Setiap kes yang memerlukan rujukan Pegawai Perubatan akan dirujuk mengikut keutamaan.

Ubatan juga disediakan untuk pesakit yang dibenarkan balik.

Memberi perkhidmatan rujukan kepakaran bagi kes-kes yang memerlukan rawatan susulan.

Print Friendly, PDF & Email