Kerja Sosial Perubatan


VISI

Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan membantu mengembalikan kefungsian sosial mereka.

OBJEKTIF JABATAN
  • Memberi perkhidmatan psiko-sosial kepada pesakit semasa proses rawatan dan pemulihan.
  • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosio-ekonomi.
  • Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
Bantuan Sokongan Terapi
  • Melibatkan kaunseling individu / keluarga / perkahwinan / kelompok.
  • Intervensi krisis
  • Modifikasi tingkah laku
  • Kerja komuniti
Bantuan diberi kepada kes-kes seperti berikut :-
  • Penjagaan Pesakit Kronik
  • Cubaan Bunuh Diri
  • Perbalahan / Keganasan Rumahtangga
  • Ibu Tanpa Nikah
  • Mangsa Perkosaan
  • Penganiayaan Kanak-kanak
  • Masalah Tingkah Laku
  • Kes Kurang Upaya ( cacat )
  • HIV Positif / AIDS
  • Ketagih dadah / alkohol
Bantuan Praktik – Melibatkan kes-kes seperti berikut :-
  • Menyediakan Laporan penilaian Sosial
  • Membuat Perancangan Keluar Wad
  • Mengurus Rujukan Pendidikan Khas
  • Menguruskan Penempatan di Institusi
  • Menguruskan Penjagaan Anak Terpelihara / Anak Angkat
  • Mendapatkan tambang balik atau untuk ke hospital rujukan
  • Sokongan Pengecualian / Pengurangan Bayaran Wad / IJN
  • Mendapatkan alat tiruan/ Peralatan Perubatan
  • Mendapatkan perbelanjaan pelbagai
Bantuan Praktik
  • Kewangan
  • Pembelian peralatan
  • Liason dengan Go’s dan NGO’s
  • Perkhidmatan transit-home