Keselamatan Dan Kesihatan


Pengenalan

Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Penjagaan Keselamatan dan Kesihatan warga pekerja adalah tanggungjawab pihak Hospital Bintulu.

Goal

Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi ini.

Objektif

Adalah tanggungjawap pihak pengurusan Hospital Bintulu untuk menjaga serta memastikan anggota kerja selamat, sihat dan kebajikan ditempat kerja diperhatikan.

Polisi

Adalah Polisi Hospital Bintulu untuk memastikan warga kerja dan anggota pekerja lain yang terlibat dengan aktiviti nya berada dalam keadaan selamat dan sihat di persekitaran tempat kerja.

Majikan dan pekerja mesti bekerjasama untuk mencapai matlamat polisi tersebut.

  • Membentuk sistem kerja dan persekitaran kerja yang selamat dan tidak berisiko kepada warga kerja, pesakit dan orang awam seperti dalam akta OSHA 1994.
  • Memastikan setiap warga kerja menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dengan memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan.
  • Memastikan semua kontraktor yang menjalankan kerja di hospital mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.
  • Menjalankan notifikasi dan siasatan setiap berlakunya kemalangan, penyebabnya kecederaan atau penyakit pekerjaan.
  • Memberi kemudahan pelindungan asas kepada warga kerja seperti PPE.
  • Polisi ini akan dikaji dari masa ke semasa.
Skop Perkhidmatan

Berpandukan seksyen 31 dalam OSHA Unit Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan Hospital Bintulu menetapkan dua fungsi utama seperti berikut:

  • Sentiasa dipantau peraturan-peraturan ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja selamat.
  • Persekitaran tempat kerja yang tidak selamat atau berisiko tinggi untuk kesihatan akan di siasat.
Print Friendly, PDF & Email