Unit Kualiti (QAP)

                     

PENGENALAN UNIT

Unit Kualiti telah ditubuhkan pada Oktober 2002. Unit Kualiti adalah sangat penting kerana berfungsi sebagai pusat pengendalian semua aktiviti -aktiviti kualiti yang dijalankan di Hospital ini. Jawatankuasa Unit Kualiti adalah terdiri daripada Pengarah Hospital sebagai ketua, Pegawai Perubatan sebagai penyelaras Unit Kualiti, di bawah seliaan Penyelia Jururawat U36, Ketua Jururawat U32, Jururawat U29 dan juga Penolong Pegawai Perubatan U29. Segala aktiviti berkaitan dengan Unit Kualiti perlu melapor kepada Pengarah Hospital.

 
LATAR BELAKANG UNIT

Unit Kualiti telah ditubuhkan pada Oktober 2002. Jawatankuasa Unit Kualiti adalah terdiri daripada Pengarah Hospital sebagai Ketua, Pegawai Farmasi sebagai Penyelaras Kualiti, di bawah seliaan Penyelia Jururawat U36, Ketua Jururawat U32 dan seorang Jururawat U29. Unit Kualiti bertanggungjawab melaporkan segala aktiviti kualiti kepada pengarah Hospital.

 
MISI UNIT

Berdedikasi dan berkomitmen dalam meneruskan program kualiti peringkat hospital melalui promosi, sokongan serta semua kemudahan aktiviti dan persediaan dalam perkhidmatan kualiti.

 
WAWASAN UNIT

Mewujudkan satu unit urusetia peningkatan kualiti yang baik dan berkesan bagi memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti peringkat hospital.

 
OBJEKTIF UNIT

Memastikan semua program kualiti peringkat hospital dijalankan dengan baik dan berkesan.

 
MOTO UNIT

Perkhidmatan berkualiti teras masa depan masyarakat.

 
SKOP PERKHIDMATAN

Unit Kualiti bertanggungjawab dalam

  • Merekod, memantau dan menganalisa semua data-data dan laporan kualiti.
  • Mengkompilasi segala data dan aktiviti yang dilapor atau dihantar dari setiap unit, wad dan jabatan.
  • Menyediakan laporan untuk aktiviti peningkatan kualiti peringkat Hospital.
  • Mempastikan semua laporan kualiti lengkap dan betul sebelum dihantar ke JKNS.

Antara tugas utama di Unit Kualiti adalah seperti berikut:

  1. Key Perfomance Indikator
  2. National Indicator Approach
  3. National Nursing Indicator Approach
  4. Kajian Kepuasan Pelanggan bagi Pesakit Dalam dan Pesakit Luar.
  5. Laporan Insiden
  6. Assesmen Kemahiran Klinikal untuk Jururawat
  7. Kajian 10’S
  8. Laporan Mortaliti & Morbiditi
  9. Stroke Registry
  10. Menjadi sumber rujukan untuk aktiviti Kualiti
  11. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan hospital.
JADUAL PERKHIDMATAN

Print Friendly, PDF & Email