Pediatrik


pead

PENGENALAN

Wad Paediatrik telah mula beroperasi pada 21 Mei 2000 dan merangkumi sebanyak 28 katil. Namun pada 1 Januari 2006, secara rasminya penambahan katil adalah sebanyak 38 katil telah dilaksanakan sehingga sekarang. Wad Paediatrik terletak di Aras O, di dalam bangunan Hospital Bintulu.

SKOP PERKHIDMATAN
  1. Perkhidmatan Pesakit  Dalam
    • Wad Paediatrik merangkumi kes-kes displine utama iaitu Medical, Surgikal dan Orthopedik.  Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes seperti ENTdan juga kes kelecuran.
  2. Perkhidmatan Pesakit Luar
    • Terdiri daripada perkhimatan di Klinik Pakar pada setiap hari Rabu dan Khamis. Walaupun demikian, lawatan dari Pakar Paediatik Neurologi dan juga Pakar Paediatrik Onkologi juga disediakan mengikut jadual lawatan yang telah ditetapkan.
    • Perkhidmatan rawatan harian juga telah mulai beroperasi pada Jun 2011 yang terletak di wad Paediatrik  dimana terdapat 1 jururawat  terlatih dan 1 Jururawat Masyarakat yang akan memberi perawatan harian kepada pesakit.
    • Rawatan harian ini memberi perkhidmatan susulan untuk pesakit yang masih perlukan rawatan lanjutan seperti lanjutan untuk ubat-ubatan, pemeriksaan makmal yang perlu dilanjutkan dan untuk pesakit yang  masih perlu susulan yang kerap pesakit thalasemia, hemophilia dan pesakit Onkologi.