Pemulihan Cara Kerja


Pengenalan

Unit Terapi Carakerja, Hospital Bintulu kini telah beroperasi selama 13 tahun sejak Jun 2000. Terdiri daripada seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41,seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja U32 dan 6 orang Jurupulih Perubatan Cara Kerja U29. Terdapat 1 kekosongan bagi jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja U29.

Visi

Ke arah perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang terbaik.

Misi

Untuk memberikan perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang berkesan dan kualitatif

Menjadikan Pegawai/Jurupulih Perubatan Cara Kerja yang professional dan berpengetahuan untuk mencapai perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang terbaik.

Objektif Unit

Memberikan perkhidmatan Terapi carakerja yang bersesuaian kepada pesakit, supaya dapat menjalankan kehidupan seharian mereka ke tahap optimum. Menggalakkan penglibatan aktif pesakit dan penjaganya semasa menjalani program rawatan. Meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit tentang pentingnya rawatan dan latihan terapi.

Perkhidmatan dan Fungsi Unit

Unit ini memberi penilaian, rawatan pemulihan, kaunseling dan nasihat kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor atau pakar dan agensi lain supaya pesakit dapat menjalankan kehidupan seharian secara berdikari. Antara perkhidmatan yang diberi ialah pesakit orthopedik, medikal, surgikal, luka kelecuran, pemulihan dalam komuniti, pediatrik dan lain-lain rujukan dari masa ke semasa. Aktiviti-aktiviti bagi setiap fungsi utama unit:

  1. Aktiviti-aktiviti kehidupan harian (activities of daily living).
  2. Pemulihan kecederaan tangan.
  3. Penilaian dan latihan pekerjaan.
  4. Pemulihan kanak-kanak istimewa.
  5. Penilaian dan latihan kognitif dan persepsi.
  6. Kaunseling, nasihat dan pendidikan pesakit
  7. Penilaian dan latihan kerusi roda, alat-alat bantuan dan adaptasi.
  8. Rawatan pressure garment atau elastic compression bandage.
  9. Rawatan pemulihan pesakit mental (psychiatry rehabilitation)
  10. Menguatkan fungsi-fungsi anggota (to improve and maintain physical function)
Print Friendly, PDF & Email