Pendidikan Pesakit Dan Promosi Kesihatan

PENGENALAN

Unit pendidikan kesihatan merupakan satu unit yang menjalankan aktiviti pendidikan yang dirancang untuk membantu menggalakkan amalan tingkah laku yang sihat dalam kalangan pesakit untuk mencegah komplikasi, mengawal penyakit dan membantu pesakit untuk mengurus penyakit mereka.

FUNGSI UTAMA

  1. Menggalakkan perubahan tingkah laku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit.
  2. Memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, warga hospital  dan orang awam.
  3. Memberi perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.

 

VISI

Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang

MISI

Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus kearah perubahan tingkah laku yang positif

OBJEKTIF

Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri pesakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang terbaik.

OBJEKTIF SPESIFIK:

  1. Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
  2. Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berterusan.
  3. Beroperasi sebagai one stop center bagi menyalurkan meklumat kesihatan kepada pelanggan.
  4. Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.

PERKHIDMATAN

  1. Mengurus tadbir aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan pesakit.
  2. Melaksanakan hari-hari khas kesihatan.
  3. Menyediakan penerbitan bahan-bahan promosi kesihatan dan pendidikan pesakit.
  4. Mengurus perkhidmatan klinik berhenti merokok.
  5. Mengurus latihan promosi kesihatan kepada kakitangan.
Print Friendly, PDF & Email