Pengimejan Dan Diagnostik


1.   PENDAHULUAN/PENGENALAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik merupakan unit sokongan yang penting  di Hospital Bintulu bagi memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik untuk mendiagnosis penyakit . Antara Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini merangkumi pesakit dari Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar,pesakit dari wad, Unit HDU, Pepikat, Klinik Kesihatan berdekatan dan  pesakit dari klinik-klinik swasta. Unit ini menyediakan perkhidmatan radiologi diagnostik yang tepat, berkualiti, berkesan, selamat dan  moden berdasarkan matlamat jabatan dan Piagam Pelanggan yang telah dijanjikan selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia berteraskan konsep Berkerja berpasukan, Penyayang dan Profesionalisma. Sejajar dengan “Hospital Information System” yang telah dilaksanakan di Hospital Bintulu, Jabatan Pengimejan diagnostik turut mengalami transformasi dalam penggunaan  teknologi pengimejan perubatan. Semua pemeriksaan dilakukan dengan mengunakan “IP Plate” dan imej dirakam akan dipindahkan ke dalam sistem berkomputer melalui Radiology Information System (RIS) dimana imej disimpan kedalam perisian PACSphere dan Viabox dalam bentuk DICOM dan boleh di akses di mana-mana workstation di hospital.

Impak daripada penggunaan aplikasi HIS dan RIS,  tiada lagi penggunaan filem x-ray. Imej diagnostik dimuatkan ke dalam sistem HIS melalui PACS dan DICOM. Perkhidmatan radiologi boleh tergendala  jika sistem HIS dan RIS “down” maka filem perlu di cetak. Jabatan ini berusaha untuk mendapatkan 1 buah mesin Fuji Reader atau Loader bagi menghasilkan imej digital. Mesin ini adalah untuk “standby” jika mesin Fuji Reader sediada rosak. Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Bintulu kini dilengkapi dengan aparatus penyinaran seperti mesin x-ray statik (3 buah) , mesin fluroskopi (1 buah), CT-scan 16-slice MDCT, mesin ultrasound ( 2 buah) dan mesin Mammogram (1 buah). Jabatan xray hosp bintulu telah menerima dua buah mesin baru iaitu sebuah mesin ultrasound dan sebuah mesin II.  Pemeriksaan khas dilakukan oleh Pakar Radiologi dengan Pegawai Perubatan. Jabatan ini telah menerima 9 orang pegawai baru pada tahun 2012. Iaitu seorang Pakar Radiologi UD52, Seorang Pegawai Perubatan UD44, Seorang Pegawai Perubatan UD43, 3 orang Juru xray U29,seorang Juru Xray U32, seorang Jururawat Telatih U32 dan seorang Jururawat Terlatih U2.

2.   OBJEKTIF

2.1   Menghasilkan imej diagnostik yang bermutu tinggi,

2.2   Mengurangkan pembaziran dengan mempraktikkan teknik dan faktor

pendedahan yang tepat,

2.3   Meminimakan bahaya radiasi kepada staf dan pelanggan mengikut prinsip

3.   Misi

Memberi komitmen sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik   yang selamat, berkualiti dan sentiasa mempraktikkan budaya kerja yang murni”

4.   Visi

“ Ke Arah Perkhidmatan Pengimejan Yang Selamat, Terbaik Dan Berkualiti”

5.   Slogan

“If Better Is Possible Good Is Not Enough”

6.   Motto

“Ke arah Pengimejan Cemerlang”

7.   SKOP PERKHIDMATAN

7.1  Melaksanakan Pemeriksaan Radiografi Am

  • CXR
  • AXR
  • SXR
  • Spine (Cervical, thoracic, lumbosacral)
  • Upper extremities & Lower extremities
  • Pelvis
  • Shoulder joint and hip joints
  • Clavicle and scapula

7.2  Melaksanakan Pemeriksaan X-ray Khas Berkontras

  • Barium studies
  • Histerosalpingiogram
  • Cystogram
  • MCU

7.3  Melaksanakan Pemeriksaan X-ray Mudah gerak

  • Ward radiography, SCN ,ICU, dan ward memerlukan
  • Pemeriksaan forensik

7.4  Melaksanakan Pemeriksaan CT- Scan 16-slice MDCT

7.5  Menyediakan kemudahan pemeriksaan Ultrasound Doppler

  • Ultrasonogram (routine)
  • US guided biopsy
  • Doppler
  • Intussuseption Reduction

7.6  Melaksanakan fluroskopi di Bilik Bedah (Kes II)

7.8  Melaksanakan Pemeriksaan X-ray Mammografi

7.9  Merekod dan menyimpan filem X-ray (Filing untuk kes Forensik)

7.9.1 Melaksanakan kes Teleradiologi semasa ketiadaan Pakar Radiologi

7.9.2 Menyediakan khidmat rujuk untuk klinik kesihatan dan klinik swasta.

7.9.3 Membuat tarikh temujanji untuk kes MRI ke SGH dan Sibu Hospital.

Print Friendly, PDF & Email