Perolehan Dan Pembangunan


Pengenalan

Bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital ke atas semua hal ehwal berkaitan projek
pembangunan di bawah unit ini.

Tugas-Tugas Unit Perolehan
  • Menguruskan peruntukan di bawah anggaran belanjawan pembangunan termasuk menyelaraskan dan pengagihan peruntukan pembangunan bagi jabatan-jabatan di bawah Hospital Bintulu.
  • Mengurus perolehan terus dan sebut harga bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan Hospital Bintulu selaras dengan pengagihan peruntukan yang disediakan.
  • Mengeluarkan surat tawaran dan melantik kontraktor-kontraktor yang terpilih serta menyediakan terma dan syarat-syarat perlantikan bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara dan perlaksanaan projek dilaksanakan mengikut jadual.
  • Memantau dan mengawal selia kontraktor, pelaksanaan dan kemajuan projek serta mengatasi masalah yang berlaku semasa projek dilaksanakan.
  • Menguruskan pembayaran kepada kontraktor yang menyempurnakan projek dengan pengesahan daripada syarikat konsesi Faber Medi-Serve Sdn. Bhd.
  • Membuat penilaian projek dan prestasi perbelanjaan serta kontraktor bagi menentukan langkah pembaikan dan inovasi dilaksanakan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan kertas cadangan permohonan peruntukan projek pembangunan dan menyediakan kertas justifikasi permohonan tambahan peruntukan pembangunan yang diperlukan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan projek-projek mengikut keutamaan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan di Hospital Bintulu.
Print Friendly, PDF & Email