Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesioanal, selamat. mesra, penyeyang dan berkualiti :-

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa mengunggu seperti berikut :

Kes Kritikal (Zon Merah) – Dirawat serta-merta;

Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) – Dirawat dalam masa 15 minit; dan

Lain-lain kes (Zon Hijau) – Akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

PIAGAM PELANGGAN TERAS
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Semua Pesakit Yang Ditakrifkan Oleh Malaysian Triage Category (MTC) Sebagai Kes MERAH Akan Dirawat Oleh Pegawai Perubatan Di Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Dengan Serta Merta. Sasaran 100%.

Print Friendly, PDF & Email