Psikiatri Dan Kesihatan Mental


Sejarah
  • Perkhidmatan Psikiatri bermula di Hospital Bintulu pada tahun 2008
    • Klinik Lawatan Psikiatri: Pakar-pakar Psikiatri dari Kuching
    • Sebulan sekali
  • Penubuhan pasukan komuniti psikiatri pada Mei 2011
    • Mengesan pesakit yang tercicir daripada rawatan susulan
    • Memberi rawatan kepada pesakit di rumah
    • Kawasan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar Bintulu serta kawasan luar bandar Kapit seperti Belaga, Sg Asap
  • Penempatan pakar psikiatri sejak 2 Julai 2012
    • Klinik pesakit luar
    • Rawatan pesakit dalam wad
    • Lawatan komuniti psikiatri
  • Penempatan pegawai perubatan psikiatri sejak 2 Jan 2013
Kakitangan
  • 1 pakar psikiatri , 1 pegawai perubatan , 1 pegawai psikologi, 1 penolong pegawai perubatan, 1 ketua jururawat, 2 jururawat, 1 jururawat masyarakat, 1 jurupulih cara kerja, 1 penolong pegawai kerawatan
Visi
  • Membentuk masyarakat yang sihat dari aspek mental, hidup harmoni serta memberi penghormatan kepada pelanggan yang berkecelaruan mental
Misi
  • Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan mental secara professional, komprehensif dan berkualiti kepada semua pelanggan mengikut piawai dan etika profesional
Objektif
  • Mengurangkan penyakit daripada berulang dengan cara:
    • Memastikan pelanggan mengambil rawatan secara teratur
    • Menggalakkan pelanggan menghadiri sesi rawatan susulan mengikut jadual
    • Menyediakan rawatan komuniti psikiatri
  • Meningkatkan kesedaran pesakit dan masyarakat tentang kesihatan mental dengan cara:
    • Menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling kepada pelanggan secara berterusan
    • Menyalurkan maklumat mengenai kesihatan mental melalui ceramah,seminar dan pameran kepada komuniti
  • Mencapai tahap fungsi pelanggan yang optima dengan cara:
    • Menggalakkan pesakit menghadiri pemulihan cara kerja
    • Menyediakan pusat pemulihan yang lengkap dan senang diperoleh
Perkhidmatan Psikiatri
  • Merangkumi aspek yang berikut:
    • Pesakit luar
    • Pesakit dalaman
    • Pesakit komuniti
  • Perkhidmatan Psikiatri Pesakit Luar
    • Klinik Pesakit Luar
      • Setiap pagi Hari Khamis untuk kes rawatan susulan
      • Pagi Hari Selasa pada minggu tertentu untuk kes baru
      • Klinik Psikiatri Kanak-kanak: sebulan sekali
      • Klinik Psikiatri Warga Emas: dua bulan sekali
      • Aktiviti-aktiviti: rawatan susulan, kes baru, kaunseling, psikoterapi
  • Perkhidmatan Psikiatri Pesakit Dalaman
    • Memberi pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit psikiatri yang dimasukkan ke wad
      • Wad Psikiatri (masih dalam rancangan)
    • Menerima rujukan daripada jabatan lain untuk pesakit dalaman
  • Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
    • Community Psychiatric Nursing (CPN)
      • Melawat pesakit di rumah dan memberi pemeriksaan serta rawatan
    • Pusat Komuniti Kesihatan Mental
      • Kerjasama dengan Lion’s Club Bintulu
      • Perasmian pada 30 Jun 2012 dan memoradum  ditandatangani pada 7 Sept 2012
      • Mula beroperasi pada Okt 2012
      • Aktiviti-aktiviti pemulihan untuk pesakit mental
        • Setiap pagi Hari Rabu dan Jumaat
    • Lawatan ke klinik kesihatan kawasan Bintulu dan Kapit
      • KK Belaga, KK Punan Bah
      • Tambahan: KK Sg Asap
    • Psikiatri FDS (Flying Doctor Service)
      • Long Busang
      • Bermula November 2012
Carta Organisasi

Aktiviti
Print Friendly, PDF & Email