Sumber Manusia


Pengenalan

Unit perkhidmatan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Bintulu. Unit ini bertanggungjawab ke atas semua urusan perkhidmatan (pengurusan sumber manusia) iaitu dari proses pengesahan perlantikan sehingga ke proses persaraan anggota.

Tugas-Tugas Unit Perkidmatan dan Sumber Manusia
  • Menguruskan urusan perlantikan baru anggota.
  • Menguruskan dokumen-dokumen untuk perlantikan rasmi anggota.
  • Mengurus pertukaran masuk atau keluar anggota. Menyediakan dokumen bagi semua jenis perubahan gaji dan elaun (kew.8).
  • Memastikan perubahan direkodkan ke dalam buku perkhidmatan setiap anggota hospital.
  • Menguruskan permohonan pengesahan dalam jawatan dan perlanjutan tempoh percubaan.
  • Menguruskan urusan perletakan dalam jawatan.
  • Menguruskan urusan persaraan wajib/pilihan sendiri/sebab kesihatan.
  • Menguruskan cuti rehat keluar negara.
  • Menguruskan permohonan kakitangan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
  • Menguruskan urusan tanggung kerja anggota hospital.
  • Menguruskan urusan pendaftaran penuh bagi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah.
  • Menguruskan urusan pembaharuan kontrak/ganjaran kontrak untuk anggota hospital bertaraf kontrak.
  • Menguruskan kemasukan ke jawatan berpencen atau KWSP.
  • Mengurus pergerakan gaji tahunan anggota.
  • Mengadakan maklumat perjawatan mengikut program dan aktiviti dan mengemaskini kedudukan perjawatan mengikut tambahan/pindaan/naik taraf/pemansuhan jawatan yang dibuat melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan Waran Perjawatan dari masa ke semasa.
  • Mengadakan maklumat yang terkini mengenai pengisian dan kekosongan jawatan dan menyelaras urusan pengambilan/pengisian jawatan-jawatan yang kosong.
  • Menguruskan data maklumat personnel berkomputer (HRMIS) bagi semua anggota hospital.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.