Teknologi Maklumat (ICT)


Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah salah satu unit perkhidmatan sokongan yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk memenuhi keperluan setiap jabatan.

Dengan Sistem Maklumat Hospital (HIS), ia mewujudkan dan mengekalkan sistem maklumat yang berkualiti dan automasi pejabat yang meningkatkan kualiti produktiviti, dan kecekapan pengurusan kakitangan dan pentadbiran Hospital Bintulu.

Perkhidmatan Kami
  • Merancang dan menyediakan sumber-sumber dan perkhidmatan ICT untuk menyokong objektif dan fungsi Hospital Bintulu.
  • Merancang, mengkaji , merekabentuk, membangun, melaksana dan mengekalkan sistem / aplikasi dan pangkalan data untuk menyokong fungsi operasi dan pengurusan Hospital Bintulu.
  • Menyediakan infrastruktur ICT seperti reka bentuk , membangun, menyelenggara , menyelaras , menaik taraf dan memantau Local Area Network (LAN ) dan penggunaan Internet.
  • Mengurus penyelenggaraan dan operasi semua perkakasan dan perisian komputer untuk memastikan bahawa dalam keadaan berfungsi yang baik.
  • Mengurus, melaksana , menyelaras , menguatkuasa dan memantau keselamatan ICT di Hospital Bintulu.
  • Menyediakan latihan dan program ICT untuk kakitangan Hospital Bintulu.
  • Menyediakan sokongan / nasihat dan perkhidmatan meja bantuan (helpdesk) kepada pengguna komputer di Hospital Bintulu